fbpx

Soon Huat-Shevon wakil tunggal beregu campuran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SOON HUAT (belakang) dan Shevon menepati ramalan apabila menewaskan beregu Indonesia 21-15, 22-20 pada pusingan kedua di Axiata Arena hari ini. GAMBAR - AMIR KHALID

KUALA LUMPUR – Gandingan Goh Soon Huat dan Shevon Jemie Lai menjadi wakil tunggal negara dalam acara beregu campuran meneruskan perjuangan di Malaysia Masters 2022 ketika ini.

Pasangan ranking ke-15 dunia itu menempah tiket ke suku akhir esok selepas menewaskan beregu No.227 dunia dari Indonesia, Hafiz Faizal-Serena Kani 21-15, 22-20 di Axiata Arena, Bukit Jalil hari ini.

Kemaraan itu menebus kekecewaan Soon Huat-Shevon pada pusingan kedua Terbuka Malaysia minggu lepas selepas tewas 21-10, 18-21, 17-21 kepada beregu Korea Selatan, Kim Won-ho dan Jeong Na-eun.

“Memang semua hendak melihat kami mencatat kemenangan. Apabila wakil Malaysia turun bermain, penonton di stadium akan memberi sokongan, jadi kami gembira dapat mencatat kemenangan,” kata Soon Huat.

Bagaimanapun, tiga lagi beregu campuran negara gagal mengikut jejak Soon Huat-Shevon apabila kecundang di tangan lawan masing-masing di pusingan kedua hari ini.

EE WEI (depan) dan Pang Ron gagal meneruskan kemaraan ke suku akhir selepas tewas di tangan pasangan No.4 dunia dari China di Axiata Arena hari ini. GAMBAR – AMIR KHALID

Chen Tang Jie-Valeree Siow tewas mudah 10-21, 12-21 kepada beregu Thailand, Supak Jomkoh-Supissara Paewsampran.

Hoo Pang Ron-Toh Ee Wei pula gagal menandingi kemampuan pasangan ranking keempat dunia dari China, Wang Yi Lyu-Huang Dong Ping 16-21, 16-21.

Nasib sama turut dialami Chan Peng Soon-Cheah Yee See apabila tumbang 11-21, 13-21 kepada beregu No.1 dunia dari China, Zheng Siwei-Huang Yaqiong yang akan turun berdepan Soon Huat-Shevon di suku akhir hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI