fbpx

Filem Raja Ali Haji sasar tembusi pasaran global

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zahidi ketika bercakap pada sidang akhbar selepas Majlis Pelancaran Supertele Penanggal Mak Kiah di Lanai Asmara di sini, hari ini. Foto FAISOL MUSTAFA

PUTRAJAYA – Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM) berhasrat menerbitkan beberapa siri filem bergenre sejarah yang bersifat antarabangsa serta mampu menembusi pasaran global.

Perkara itu diumumkan Timbalan Menterinya, Datuk Zahidi Zainul Abidin, selaras dengan misi Road to Oscars yang dilancarkan awal tahun lalu bagi mengangkat filem tempatan di pentas sejagat.

“Antara dirancang dalam masa terdekat ialah filem Raja Ali Haji kerana tokoh ini ialah legenda pahlawan yang amat terkenal di rantau Nusantara,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Zahidi berkata, idea penerbitan filem Raja Ali Haji dicetuskan sendiri oleh menterinya, Tan Sri Annuar Musa setelah balik dari lawatan kerja rasmi di Bangkok baru-baru ini.

“Beliau bukan sahaja pejuang kemerdekaan Indonesia, bahkan pengaruhnya juga besar di negara ini dengan ramai individu keturunan Bugis menjadi pembesar ternama sejak dahulu,” jelasnya.

Justeru ujarnya, populariti Raja Ali Haji yang bukan sekadar ulama Islam, tokoh sejarah dan bahasa Melayu itu mampu menarik audien di Indonesia dengan pasaran lebih 200 juta orang.

Filem dengan sentuhan antarabangsa sebegitu katanya bagaimanapun memerlukan kerjasama pelbagai pihak terutama sejarawan universiti tempatan selain olahan kreatif skrip dan jalan ceritanya.

Pada masa sama, beliau memberi jaminan, pihak kementerian menyediakan banyak insentif kepada penggiat untuk menerbitkan karya berat demi penghasilan produk berkualiti di pasaran.

Sepanjang tahun ini sahaja jelasnya, sebanyak 660 permohonan Dana Kandungan Digital (DKD) sudah berjaya melepasi saringan awal sebelum menerima surat setuju tawaran bagi suntikan projek.

Zahidi berkata, sejak 2017 sehingga Jun lalu, sejumlah RM180.8 juta peruntukan telah disalurkan kepada penggiat industri kreatif yang berjaya menerima dana itu untuk pelbagai genre filem.

“Antara kejayaan DKD ialah Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan yang menerima RM1.5 juta pada 2018 lalu dan kini sudah merekodkan kutipan RM53 juta selepas 13 hari tayangan,” ujarnya.

Pencapaian luar biasa itu jelasnya, membuktikan keberkesanan DKD bagi membantu penggiat seni tempatan malah filem tersebut mendapat dana pemasaran RM300,000 daripada Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas).-KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI