fbpx

252 penguat kuasa JPJ terlibat penugasan operasi Aidiladha

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KAMARUL Iskandar Nordin menampal pelekat pantul cahaya pada sebuah bas ekspres ketika melancarkan Kempen Keselamatan Jalan Raya sempena Ops HRAA 2022 di Terminal Bas Kuantan, di Kuantan.

KUANTAN – Seramai 252 anggota penguat kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) negeri ini terlibat dalam Ops Hari Raya AidilAdha (HRAA) 2022 yang bermula hari ini dan esok serta 12 dan 13 Julai ini.

Pengarah JPJ Pahang, Kamarul Iskandar Nordin berkata, melalui operasi itu, anggota akan melakukan pemantauan secara kerap di 34 buah lokasi dikenal pasti di seluruh negeri.

“Operasi dilakukan bagi memantau, mengesan dan mengambil tindakan terhadap kenderaan perkhidmatan awan termasuk pemandu atau pemilik kenderaan bermotor yang gagal mematuhi peraturan yang telah ditetapkan.

“Ops HRAA memfokuskan kepada kempen keselamatan jalan raya dan penguatkuasaan ke atas sembilan kesalahan utama,” katanya selepas melancarkan Kempen Keselamatan Jalan Raya sempena Ops HRAA 2022 di Terminal Sentral Kuantan, di sini hari ini.

Sembilan kesalahan itu adalah memandu melebihi had laju, tidak mematuhi isyarat lalu lintas, memotong di garisan berkembar, memandu di lorong kecemasan, memotong barisan, menggunakan telefon bimbit semasa memandu, tidak memakai tali pinggang atau topi keledar, membawa lebih muatan dan muatan bahaya.

Menurutnya, 34 lokasi terbabit termasuklah lima di Kuantan dan Pekan,  tiga di Rompin, Maran, Temerloh, Raub dan Jerantut, empat di Bentong; dua di Kuala Lipis dan Bera; serta satu di Cameron Highlands.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI