fbpx

Macau Scam: Guru lesap RM63,800 kerana ditipu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

TELUK INTAN – Gara-gara takut didakwa dan ditangkap kononnya terlibat dalam kegiatan penggubahan wang haram, seorang guru wanita lesap RM63,800 setelah terpedaya dengan tawaran penyelesaian oleh pegawai polis dikenali Datuk Fauzi.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri berkata, kejadian itu bermula selepas mangsa berusia 49 tahun dihubungi seorang lelaki minggu lalu mendakwa daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) cawangan Teluk Intan.

Katanya, menerusi panggilan itu, lelaki tersebut memaklumkan yang mangsa mempunyai tunggakan cukai namun dakwaan itu telah dinafikan guru berkenaan.

“Panggilan telefon disambung ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hilir Perak di mana seorang lelaki dikenali Sarjan Khairul mengatakan mangsa terlibat kegiatan penggubahan wang haram yang boleh diambil tindakan mahkamah.

“Suspek kemudian menyambung panggilan itu kepada Inspektor Fazley dari IPD Ipoh diikuti pegawai polis di Bukit Aman bernama Datuk Fauzi bagi membantu mangsa menyelesaikan kes tersebut di mana dia perlu membuat sejumlah bayaran,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, mangsa telah diminta memberi maklumat kad bank miliknya serta nombor Kod Pengesahan Transaksi (TAC) kepada Datuk Fauzi untuk siasatan.

Katanya, mangsa hanya menyedari ditipu selepas mendapati terdapat pengurangan wang sebanyak RM61,150 dalam akaun banknya sebelum tampil membuat laporan polis semalam.

“Siasatan awal mendapati wang mangsa telah dipindahkan ke akaun pihak ketiga secara berperingkat melalui tiga transaksi berjumlah RM24,800, RM30,000 dan RM9,000.

“Siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengesan suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana tipu,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI