fbpx

Harga petrol RON95, diesel kekal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA- Harga runcit bagi petrol RON95 dan diesel kekal bagi tempoh 7 hingga 13 Julai 2022 di mana penawaran bahan bakar itu masing-masing ditetapkan pada harga RM2.05 dan RM2.15 seliter.

Kementerian Kewangan berkata, harga runcit bagi petrol RON97 pula turun sebanyak 4 sen seliter daripada RM4.84 kepada RM4.80 seliter.

“Bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global, kerajaan mengekalkan harga runcit petrol RON95 pada paras harga siling RM2.05 seliter dan diesel RM2.15 seliter.

“Harga pasaran sebenar bagi kedua-dua produk telah meningkat melebihi paras harga siling ditetapkan, sepertimana yang dapat dilihat pada harga runcit petrol RON97 yang ditetapkan mengikut harga pasaran,” katanya di sini tadi.

Kementerian Kewangan berkata, kerajaan juga akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI