fbpx

‘Air sungai pun jadilah ganti mineral’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PENGGUNA sanggup tadah air sungai bagi menggantikan bekalan air mineral bersih petang tadi.

GEORGE TOWN – Gara-gara kehabisan minuman air mineral di pasaran termasuk tidak sanggup bersesak membelinya di premis petang tadi membuat sebahagian pengguna di negeri sanggup menadah air sungai dalam botol sebagai pengganti bekalan sumber bersih itu.

Tinjauan Kosmo! di sebuah sungai di kaki bukit Sungai Ara di sini mendapati, ada pengguna sanggup datang lebih 10 kilometer dari Bayan Baru dan Teluk Kumbar semata-mata mahu mengambil stok air sungai untuk kegunaan harian ketika ini.

Rata-rata yang ditemui Kosmo! di sini berkata yang mereka buntu memikirkan tentang bekalan air yang tidak sempat ditadah atau disimpan di rumah ekoran berdepan gangguan bekalan air terputus secara tiba-tiba petang tadi.

Lokasi yang terjejas ketika ini adalah melibatkan kawasan penduduk di daerah Timur Laut, Barat Daya dan Seberang Perai.

Seorang pengguna, Shamirul alif Juzaidi, 23, berkata, dia terpaksa mengambil bekalan air sungai untuk kegunaan seisi keluarga memandangkan keluarganya tidak sempat menyimpan stok air di rumah.

“Situasi ini berlaku secara mengejut ketika ibu dan bapa keluar bekerja. Kami langsung tidak sempat simpan air untuk aktiviti memasak, mandi dan minum.

“Stok air mineral di kebanyakan kedai, pasar raya dan stesen minyak semua laku keras. Orang ramai berpusu-pusu masuk kedai petang tadi dan pakat beli dalam kuantiti yang banyak,” katanya yang ditemani adiknya, Syamil Afiq, 15. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI