fbpx

Zelenskyy gesa atlet Russia terus dipinggirkan daripada sukan antarabangsa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
IOC mengumumkan penggantungan atlet Rusia dari kejohanan antarabangsa sejak 28 Februari lalu. - Sport Illustrated

KIEV – Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskyy menggesa supaya atlet Russia terus dilarang daripada menyertai sukan bertaraf dunia semasa beliau menerima kunjungan ketua Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC), Thomas Bach di Kiev, lapor laman berita RT kelmarin.

Bach menerusi komen yang dikongsi oleh pejabat Zelenskyy menyatakan bahawa lebih 100,000 atlet Ukraine tidak mempunyai peluang berlatih kerana situasi semasa yang tidak mengizinkan.

Semasa pertemuan mereka, Zelenskyy  meminta IOC berpegang teguh kepada pendiriannya yang kali pertama diumumkan pada 28 Februari lalu. Ketika itu, IOC mengesyorkan agar atlet dan pasukan Rusia serta Belarus digantung daripada semua kejohanan antarabangsa.

“Tindakan Rusia cuba menghapuskan rakyat Ukraine dan menakluki negara-negara  Eropah lain memberi isyarat bahawa atletnya tidak mempunyai tempat dalam komuniti sukan dunia,” tegasnya.

Bach memberi jaminan kepada pemimpin Ukraine itu bahawa larangan tersebut masih berkuatkuasa dan tidak akan ditarik balik dalam masa terdekat.

Pertemuan itu diadakan selepas Bach pada bulan lalu, memberi amaran terhadap campur tangan kerajaan dalam sukan.

Beliau mengecam contoh yang ditunjukkan di Britain di mana penganjur kejohanan tenis Terbuka Wimbledon menghalang atlet Russia dan Belarus daripada menyertai kejohanan tahun ini berikutan tekanan daripada London.

Namun, pada masa sama, Bach kekal mempertahankan gesaan organisasinya untuk mengharamkan atlet Russia dan Belarus dengan alasan ia bertujuan melindungi mereka daripada ‘serangan’ atlet negara lain di mana-mana kejohanan antarabangsa. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI