fbpx

Pelaksanaan skim insurans dan takaful agromakanan diperingkat akhir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ronald ketika melancarkan buku Kompilasi Inovasi 2016-2020 pada Majlis Simposium Kejuruteraan Pertanian 2022 di Hotel Palm Garden, Putrajaya, hari ini. /FOTO FAISOL MUSTAFA

PUTRAJAYA – Menteri Pertanian dan Industri Makanan (MAFI), Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee memaklumkan bahawa pelaksanaan skim insurans dan takaful agromakanan kini berada di peringkat akhir sebelum mekanisme itu dimuktamadkan.

Jelasnya, kerajaan sebelum ini telah memperuntukkan sejumlah dana yang besar sebagai pampasan kepada golongan petani yang berdepan dengan masalah.

“Kita membelanjakan lebih daripada RM80 juta setahun untuk menampung kerugian petani susulan bencana alam, penyakit dan sebagainya jadi tentu kita mahu melihat skim ini dapat dilancarkan segera kerana ia merupakan satu cabang yang perlu dalam agenda sekuriti makanan negara.

“Malaysia merupakan antara negara yang masih tidak mempunyai skim insurans pertanian dan kita mahu lihat skim ini diwujudkan dengan keterlibatan pelbagai pihak,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Simposium Kejuruteraan Pertanian 2022 di sini hari ini.

Kata Ronald, masih terdapat beberapa perkara dan syarat yang perlu diperincikan terlebih dahulu bersama agensi dan kementerian lain sebelum skim itu dilaksanakan.

“Pihak Agrobank dipertanggungjawabkan menerajui aspirasi untuk mewujudkan skim ini dan sudah tentu kita mahu lihat ia dilancarkan secepat mungkin.

“Saya difahamkan (skim ini) dalam proses akhir kerana ia bukan sahaja melibatkan MAFI tetapi pelbagai agensi lain seperti Kementerian Kewangan dan Bank Negara berikutan terdapat syarat-syarat ketat agar skim ini dapat memberi manfaat kepada pemain-pemain industri,” ujarnya.

Dalam perkembangan berlainan, Ronald berkata, kementerian sudah mengambil langkah dan tindakan proaktif dalam mendepani fenomena kemarau yang dijangka berlanjutan sehingga Oktober depan. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI