fbpx

Keluarga sangkal dakwaan pesilat maut akibat kecewa anak buah tewas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Termizi (kiri) berbual-bual dengan Mohd. Azwan semasa melawat keluarganya di Kampung Melor Lama, Kota Bharu hari ini. /FOTO ROHANA MOHD. NAWI

KOTA BHARU – Anak kepada seorang guru silat tersohor di negeri ini, Che Awang Bedul, 62, atau Abe Nor mengesahkan bapanya meninggal dunia akibat serangan jantung bukannya disebabkan kecewa selepas anak buahnya tewas dalam satu pertandingan baru-baru ini.

Mohd. Azwan, 33, berkata, hampir 100 anak didik arwah bapanya itu terkilan dengan kehilangan guru mereka bukan disebabkan oleh kekalahan tersebut.

Menurutnya, arwah bapa terkenal dengan persembahan silat tari dan silat cantik dan sangat dihormati oleh anak didik serta orang ramai kerana pengalaman luasnya dalam seni bela diri itu selama 40 tahun.

“Orang ramai masih lagi tampil untuk belajar silat termasuklah selepas sambutan Hari Raya Aidiladha nanti.

“Sebelum ini, ramai yang tertanya bila gelanggang silat akan dibuka. Ramai yang tidak sabar untuk masuk gelanggang,” katanya selepas menerima kunjungan Setiausaha UMNO Bahagian Ketereh, Ahmad Termizi Musa yang mewakili Ketua UMNO Bahagian Ketereh, Tan Sri Annuar Musa di rumah di Kampung Melor Lama di sini hari ini.

Mohd. Azwan memberitahu, dia akan terus menyambung legasi yang ditinggalkan oleh bapanya itu bagi mengembangkan lagi seni bela diri itu pada masa depan.

Katanya, gelanggang yang disumbangkan oleh kerajaan negeri sejak 10 tahun lalu akan terus digunakan demi mewarisi perjuangan bapa saya.

Kosmo! Online baru-baru ini melaporkan, seorang guru silat maut terkena serangan jantung selepas dua orang pesilatnya tewas dalam pertandingan silat anjuran Radio Televisyen Malaysia (RTM) di Wakaf Che Yeh di sini pada 1 Julai lalu. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI