fbpx

Johnny Debt minta sedekah tepi jalan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video yang menunjukkan seorang pengemis meminta sedekah dari sebuah kereta ke sebuah kereta di persimpangan lampu isyarat. - Twitter

WASHINGTON – Seorang pengemis yang berpakaian seperti watak  Kapten Jack Sparrow lakonan aktor, Johnny Depp diberi julukan Johnny Debt oleh netizen, lapor laman stesen penyiaran NDTV.

Rakaman video mengenainya menjadi tular apabila pengguna Twitter, @javrorar memuat naiknya di platform tersebut ketika pengemis itu sedang meminta sedekah.

Paparan menunjukkan ‘Johnny Debt’ atau ‘Johnny Hutang’ mengetuk  cermin setiap kereta yang berhenti di sebuah persimpangan lampu isyarat bagi mendapatkan wang.

Selepas mengumpulkan wang, dia memberikan senyuman seperti Jack Sparrow dan berlalu pergi. Lokasi rakaman video itu bagaimanapun tidak diketahui.

“Saya akan memberi AS$100 (RM441) hanya untuk usaha kerasnya berpakaian dan berlagak seperti Depp,” tulis seorang pengguna media sosial.

Video itu mendapat hampir lapan juta tontonan  dan lebih 364,000 tanda suka. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI