fbpx

Twitter atau X paling banyak kandungan berita palsu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Platform X kini dipantau ketat oleh EU. - AFP

BRUSSELS, Belgium  – Platform X yang sebelum ini dikenali sebagai Twitter dikenal pasti mengandungi sejumlah besar berita palsu berbanding enam rangkaian sosial utama yang lain, demikian menurut kajian Suruhanjaya Eropah seperti dilaporkan Badan Penyiaran British (BBC) kelmarin.

Suruhanjaya itu meneliti lebih 6,000 hantaran media sosial unik di Facebook, Instagram, LinkedIn, TikTok, X dan YouTube. Ia menganalisis kandungan di tiga buah negara yang dianggap berisiko terhadap berita palsu iaitu Sepanyol, Poland dan Slovakia.

“Mesej saya untuk X adalah anda perlu mematuhi undang-undang yang ketat. Kami akan memantau apa yang anda lakukan,” kata Pesuruhjaya Nilai dan Ketelusan Kesatuan Eropah (EU), Vera Jourova.

Kajian mengenai berita palsu itu merangkumi isu seperti pilihan raya atau perang di Ukraine.

Sebelum ini, X ketika dikenali sebagai Twitter bersama-sama rangkaian sosial lain mendaftar untuk menyertai kod sukarela pada 2018. Namun, ia menarik diri daripada kod tersebut selepas berada di bawah kepimpinan pemilik baharunya, Elon Musk.

“Musk tahu bahawa beliau tidak terlepas daripada kod amalan kerana kini kami mempunyai Akta Perkhidmatan Digital yang dikuatkuasakan sepenuhnya,” kata Jourova.

Syarikat-syarikat yang gagal mematuhi akta itu boleh dikenakan denda sehingga enam peratus daripada perolehan globalnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI