fbpx

Twitter ganti logo burung biru dengan X

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Twitter menukar logo baharunya hari ini yang memaparkan imej ‘X’ putih berlatarbelakangkan warna hitam. – AFP

SAN FRANCISCO, CALIFORNIA – Twitter melancarkan logo baharunya hari ini yang memaparkan imej ‘X’ putih berlatarbelakangkan warna hitam sekali gus menggantikan logo burung biru ketika syarikat milik bilionair, Elon Musk itu bergerak ke arah langkah penjenamaan semula.

Laman web jaringan media sosial itu pagi ini menunjukkan logo baharu syarikat berkenaan, namun URL masih memaparkan pautan twitter.com. Fungsi ‘Tweet’ juga masih boleh dilihat, yang menunjukkan bahawa jenama baharu itu mungkin belum dimuktamadkan.

Musk dan Ketua Pegawai Eksekutif baharu Twitter, Linda Yaccarino mengumumkan rancangan penjenamaan semula platform media sosial itu semalam dengan berkata bahawa syarikat berkenaan akan dikenali sebagai X.

Musk turut mengubah gambar profilnya lewat semalam kepada logo baharu syarikat yang disifatkan bilionair itu sebagai ‘dekorasi seni minimalis’.

Beliau juga telah menamakan syarikat induk Twitter sebagai X Corporation serta menambah, pengambilalihan gergasi media sosial itu merupakan langkah pantas bagi mewujudkan X, iaitu aplikasi yang mempunyai segalanya.

Diasaskan pada 2006, Twitter mengambil nama daripada bunyi burung mencicip dan sejak itu, ia menggunakan jenama tersebut. – AFP 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI