fbpx

China bangunkan aplikasi nilai kesetiaan ahli politik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sistem tersebut menganalisis ekspresi wajah dan gelombang otak milik ahli-ahli parti politik untuk menilai sejauh mana mereka menerima ‘pendidikan pemikiran’. – Asia Financial

BEIJING – Sekumpulan penyelidik membangunkan sebuah sistem menggunakan kepintaran  buatan (AI) yang dikatakan boleh menilai tahap kesetiaan ahli Parti Komunis China, lapor portal berita MailOnline semalam.

Menurut  wartawan akhbar Times di Beijing, Didi Tang, sistem tersebut dibangunkan oleh kumpulan penyelidik Pusat Sains Negara Komprehensif Hefei. 

Ia boleh menganalisis ekspresi wajah dan gelombang otak ahli-ahli parti  untuk menilai sejauh mana mereka menerima ‘pendidikan pemikiran’ Parti Komunis.

Menurut Didi, teknologi itu diperincikan dalam sebuah artikel yang dimuat naik di internet pada 1 Julai lalu, namun dipadamkan tidak lama selepas itu.

“Sistem ini boleh menilai bagaimana ahli-ahli  parti menerima pemikiran dan pendidikan politik.

“Dalam masa sama, ia akan menyediakan data sebenar bagi pemikiran dan pendidikan politik agar ia boleh diperbaiki dan dipertingkatkan,” demikian menurut artikel tersebut.

Seramai 43 ahli Parti Komunis China yang juga merupakan sebahagian daripada pasukan penyelidikan tersebut kemudiannya mencuba teknologi itu.

Sebuah  klip video yang juga   dipadam dari internet,  memaparkan seorang penyelidik memasuki sebuah kios, duduk di hadapan  skrin dan membaca beberapa artikel yang mempromosikan polisi dan pencapaian Parti Komunis China.

“Kios itu boleh melihat ekspresi wajah penyelidik, berkemungkinan menerusi kamera keselamatan,” kata Didi. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI