fbpx

Imej seksual kanak-kanak guna teknologi AI membimbangkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Semakin banyak gambar penderaan seksual kanak-kanak dijana oleh AI. – Getty Images

LONDON – Pertubuhan amal berpangkalan di Britain, Internet Watch Foundation (IWF) memberi amaran bahawa penularan gambar eksploitasi  seksual  kanak-kanak yang dihasilkan menggunakan  teknologi kepintaran buatan (AI),  akan menjadi semakin berleluasa  melainkan tindakan tegas dilaksanakan, lapor saluran berita NBC News kelmarin.

Dalam laporannya, IWF menggesa kerajaan Britain dan penyedia-penyedia teknologi bertindak segera sebelum kebanjiran imej seksual kanak-kanak yang dijana AI mengatasi bilangan penguatkuasa undang-undang dan meluaskan skop mangsa  berpotensi.

“Kita tidak bercakap mengenai bahaya yang bakal dicetuskan kerana ia sudah berlaku sekarang dan perlu diatasi segera,” kata Ketua Pegawai Teknologi IWF, Dan Sexton.

Dalam kes pertama seumpamanya di Korea Selatan, seorang lelaki dihukum penjara dua tahun dan enam bulan pada September lalu kerana menggunakan AI untuk mencipta 360 imej penderaan seksual kanak-kanak, demikian menurut Mahkamah Daerah Busan di tenggara negara itu.

Di sebuah sekolah di barat daya Sepanyol pula, polis menyiasat dakwaan kumpulan remaja menggunakan aplikasi telefon pintar untuk menghasilkan gambar bogel rakan-rakan sekolah yang berpakaian lengkap.

Jika keadaan itu tidak dihentikan, kebanjiran imej seksual kanak-kanak palsu boleh menyukarkan penyiasat untuk cuba menyelamatkan kanak-kanak yang menjadi watak maya.

Pelaku dalam masa sama berisiko menggunakan imej untuk mencabul dan memburu mangsa baharu. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI