fbpx

AI berisiko cetus pandemik baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AI boleh digunakan untuk mencipta penyakit berdaya tahan terhadap rawatan. - Unsplash

LONDON – Seorang pakar memberi amaran bahawa teknologi kepintaran buatan (AI) berisiko disalahgunakan untuk mencipta wabak pandemik yang boleh membawa maut, lapor akhbar Metro UK.

Bekas eksekutif Google dan perintis AI, Mustafa Suleyman berkata, AI boleh digunakan untuk menghasilkan sejenis virus atau bakteria baharu yang lebih mematikan dan ‘kebal’ terhadap rawatan.

Dalam satu episod audio siar atau podcast bertajuk The Diary of A CEO, Suleyman memberi amaran bahawa virus tersebut boleh merebak lebih pantas atau membawa maut yang akhirnya berpotensi membunuh manusia seperti wabak.

“Kita bekerja dengan teknologi berbahaya. Kita perlu mengehadkan siapa yang boleh menggunakan perisian AI, sistem awan dan beberapa bahan biologi,” katanya.

Suleyman ialah penyelidik dan usahawan AI Britain. Beliau juga merupakan pengasas bersama dan bekas ketua AI gunaan di DeepMind, iaitu sebuah syarikat AI dimiliki Google.

Pada Mac lalu, sebilangan penyelidikan turut mengeluarkan amaran bahawa AI berisiko digunakan untuk mencipta senjata kimia baharu.

Beberapa syarikat AI juga mengakui potensi bahaya yang ditimbulkannya termasuk Ketua-Ketua Pegawai Eksekutif OpenAI, Google Deepmind dan Stability AI yang menandatangani kenyataan bagi menggesa pengurangan risiko kepupusan akibat teknologi tersebut. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI