fbpx

Hantaran media sosial pengguna dimanipulasi untuk latih AI

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Twitter mengehadkan bilangan ciapan yang boleh dibaca untuk menyukarkan syarikat AI mengumpul dan memanipulasi data-data di platform tersebut. - AFP

MOUNTAIN VIEW, CALIFORNIA – Orang ramai digesa agar lebih berwaspada selepas enjin carian internet, Google mengemas kini polisi privasinya hujung minggu lalu yang akan membolehkan syarikat itu mengumpul dan menganalisis maklumat pengguna internet untuk melatih model kepintaran buatannya (AI), lapor akhbar Metro UK kelmarin.

Syarikat gergasi teknologi itu berkata, ia akan menggunakan maklumat dikongsikan orang ramai untuk meningkatkan perkhidmatan dan membangunkan produk janaan AI yang baharu.

Pada asasnya, Google telah mengemas kini bahagian polisi privasinya, di mana enjin carian itu menyatakan ia mengumpulkan maklumat tentang orang ramai daripada sumber yang boleh diakses secara umum. 

Maklumat itu termasuk yang dikumpulkan menerusi hantaran umum yang dimuat naik pengguna laman media sosial.

Sebelum ini, polisi itu hanya menyebut tentang penggunaan data untuk melatih bahasa dan ciri-ciri pada fungsi Google Translate.

Namun kini, syarikat itu telah menggantikan bahagian polisi ‘bahasa’ tersebut dengan polisi ‘melatih model AI Google’ sambil menambah, ia akan digunakan untuk membangunkan produk tambahan seperti Bard dan Cloud AI.

Google Bard adalah alat chatbot berkuasa AI yang direka oleh Google untuk mensimulasikan perbualan manusia menggunakan pemprosesan bahasa semula jadi dan pembelajaran mesin.

Selain menambah carian Google, Bard boleh diintegrasikan ke dalam tapak web, platform mesej atau aplikasi untuk memberikan respons bahasa semula jadi yang realistik kepada soalan pengguna.

Sementara itu, Cloud AI pula merupakan satu konsep baharu yang mula dilaksanakan oleh syarikat-syarikat teknologi dengan menggabungkan AI dengan pengkomputeran awan.

Dalam pada itu, Chatbot AI seperti Bard Google, ChatGPT milik syarikat OpenAI dan sistem AI generatif lain mencipta kandungan menggunakan sejumlah besar data yang dimanipulasi daripada internet termasuk yang tersedia secara umum di platform media sosial.

Ancaman dicetuskan AI itu telah menyebabkan beberapa platform media sosial terpaksa mengubah polisi mereka bagi mencegah data pengguna daripada dimanipulasi.

Minggu ini, pemilik Twitter, Elon Musk mengehadkan bilangan ciapan yang boleh dibaca oleh pengguna sebagai langkah untuk menyukarkan syarikat AI mengumpul dan memanipulasi data-data dari platform tersebut.

Bilionair itu menyalahkan syarikat AI seperti OpenAI, Microsoft Bing dan Google Bard kerana cuba memanipulasi data untuk melatih model bahasa mereka.

Pada bulan lepas, laman perkongsian pendapat, Reddit turut mengenakan bayaran untuk akses kepada program Application Programming Interface (API) miliknya supaya syarikat AI tidak boleh menggunakannya sebagai ‘alat bantu mengajar percuma’ untuk model bahasanya. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI