fbpx

AI curi kata laluan berdasarkan bunyi taipan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AI boleh mencuri kata laluan dengan hanya mendengar bunyi ia ditaip. - Getty Images

LONDON – Saintis-saintis memberi amaran bahawa teknologi kepintaran buatan (AI) sangat maju sehingga ia boleh mencuri kata laluan dengan hanya mendengar bunyi perkataan ditaip, lapor akhbar Daily Star semalam.

Model AI telah dilatih oleh para penyelidik sebelum ini untuk menekan 36 kekunci pada komputer MacBook Pro sebanyak 25 kali dan merakam bunyinya.

Saintis mendapati, adalah mungkin untuk mengenal pasti setiap kata laluan yang ditaip dengan ketepatan 95 peratus menggunakan mikrofon telefon pintar yang berdekatan.

Bunyi itu dimasukkan ke dalam sistem AI yang dapat mengenal pasti corak setiap kata laluan dengan betul, demikian menurut kajian oleh Universiti Surrey, Universiti Durham dan Universiti Royal Holloway.

Tambah kumpulan saintis tersebut, individu yang menggunakan komputer mereka di kafe, pub dan perpustakaan berisiko untuk data-data sensitif mereka dicuri oleh AI.

Pakar-pakar memberi amaran bahawa ancaman serangan siber berdasarkan bunyi telah meningkat ekoran peningkatan dalam persidangan video bersama peranti-peranti lain.

“Saya dapat melihat ketepatan dan serangan sedemikian meningkat.

“Setiap kekunci mempunyai audio atau suara unik, yang boleh menyimpulkan huruf yang ditekan,” kata pengarang bersama kajian, Dr. Ehsan Toreini. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI