fbpx

Pelajar selamatkan diri atas bumbung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sekumpulan pelajar terpaksa naik ke atas bumbung untuk menyelamatkan diri dalam kejadian banjir kilat di sebuah sekolah agama di Kupang, Baling petang ini.

BALING – Sekumpulan pelajar sebuah sekolah agama di sini menyelamatkan diri dengan naik ke atas bumbung di kawasan sekolah tersebut dalam kejadian banjir kilat akibat limpahan arus deras Sungai Kupang pada petang ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6 petang itu, beberapa kampung di mukim Kupang dan Bakai termasuk sekolah berkenaan ditenggelami banjir selepas air sungai melimpah.

Arus deras seperti kepala air itu menyebabkan beberapa rumah ranap dan dihanyutkan air.

Terdahulu, tular rakaman video memaparkan sekumpulan pelajar menunggu bantuan di atas bumbung dalam kawasan sekolah tersebut.

Pasukan penyelamat terdiri daripada anggota bomba, polis dan Angkatan Pertahanan Awam (APM) kini giat melakukan operasi mencari dan menyelamat mangsa.
Menurut kenyataan APM negeri, sebanyak dua mukim terlibat dalam kejadian banjir di sini iaitu mukim Kupang dan Bakai.

“Di mukim Kupang, dua kampung terlibat adalah Kampung Iboi dan Kampung Tanjung Luas sementara mukim Bakai pula adalah Kampung Sedim dan Jernang,” katanya.

Tambahnya, tiga pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka iaitu di Sekolah Kebangsaan (SK) Iboi, Sheik Sheh dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jerai.

“Operasi menyelamat mangsa terperangkap masih giat dijalankan oleh semua agensi penyelamat,” katanya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI