fbpx

PDRM, ATM sedia gempur kilang minyak masak, sempadan negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA- Kerajaan akan mengerahkan pihak penguatkuasa terdiri daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) untuk menggempur kilang pembungkusan minyak masak dan sempadan negara bagi memastikan tiada penyelewengan bahan subsidi itu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, langkah itu yang turut melibatkan penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dilaksanakan bagi memastikan peruntukan subsidi minyak masak bernilai RM4 bilion tahun ini tidak tiris.

“Tindakan tegas termasuk membatalkan kuota dan lesen yang telah diberikan kepada pengilang dan pembungkus akan diambil dalam usaha menangani ketirisan pengedaran minyak masak bersubsidi.

“Perangkaan semasa menunjukkan edaran minyak masak paket bersubsidi di dalam negara berjumlah 60,000 metrik tan sebulan adalah melebihi daripada penggunaan isi rumah dalam negara,” katanya dalam satu kenyataan di sini tadi.

Terdahulu, Ismail Sabri mempengerusikan mesyuarat Majlis Tindakan Kos Sara Hidup Negara (NACCOL) yang dihadiri beberapa Menteri Kabinet dan wakil jabatan termasuk Jabatan Perangkaan Malaysia dan Persatuan Rantaian Peruncit Malaysia.

Perdana Menteri berkata, hasil daripada mesyuarat itu, Kabinet telah membuat keputusan untuk melaksanakan operasi pengauditan dan pemutihan secara komprehensif meliputi 22 pengeluar dan 305 premis pembungkusan semula minyak masak paket di seluruh negara.

“Operasi itu bertujuan mendapatkan status sebenar mengenai jumlah minyak masak paket yang dikeluarkan oleh syarikat pengeluaran dan pembungkusan serta maklumat lengkap penerima minyak masak bersubsidi itu,” katanya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI