fbpx

Hoki-Kobayashi mahu bina legasi sendiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Takuro Hoki dan Yugo Kobayashi bergambar selepas menjuarai perlawanan akhir beregu lelaki Kejohanan Petronas Terbuka Malaysia 2022 di Axiata Arena Bukit Jalil di sini, hari ini. - FOTO: FARIZ RUSADIO

KUALA LUMPUR – Beregu lelaki Jepun, Takuro Hoki-Yugo Kobayashi memastikan pasukannya tidak pulang tangan kosong selepas memenangi Kejohanan Badminton Petronas Terbuka Malaysia sebentar tadi.

Pada perlawanan akhir yang berlangsung di Arena Axiata, Bukit Jalil, juara dunia itu meraih gelaran sulung Terbuka Malaysia selepas menewaskan wakil Indonesia, Fajar Alfian-Muhammad Rian Ardianto 24-22, 16-21, 21-9.

Meskipun berjaya meraih gelaran sulung Terbuka Malaysia, namun Hoki menjelaskan, mereka tidak meletakkan sebarang sasaran spesifik pada saingan musim ini memandangkan ramai pemain yang mampu memberi tentangan.

“Kami adalah yang terbaik selepas memenangi Terbuka Malaysia. Kami tidak ada sebarang sasaran spesifik selepas ini tetapi kami mahu menjadi beregu No.1 dunia dan kekal konsisten.

“Selain itu, kami ada masa lebih kurang dua bulan untuk buat persiapan bagi mempertahankan gelaran dunia. Mungkin sukar untuk lakukannya tetapi kami akan cuba yang terbaik,” katanya selepas tamat perlawanan.

Dalam pada itu, dia juga enggan gandingannya bersama Kobayashi dibandingkan dengan bekas beregu utama Jepun, Takeshi Kamura-Keigo Sonoda yang mengambil keputusan bersara tahun lalu.

“Kami tidak mahu membandingkan diri dengan Kamura-Sonoda kerana mereka adalah senior kami. Saya dan Kobayashi ada kisah sendiri selain mahu pemain muda menjadikan kami sebagai ikutan,” ujarnya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI