fbpx

Rebut teman wanita punca 19 individu bergaduh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kayu besbol yang disyaki digunakan salah seorang suspek dalam kejadian tersebut.

PETALING JAYA – Seramai 15 lelaki dan empat wanita warga tempatan ditahan selepas dipercayai terlibat dalam kejadian rusuhan bersenjatakan kayu di sekitar Ara Damansara pada Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, kesemua yang ditahan merupakan warga tempatan berusia dalam lingkungan 15 hingga 27 tahun.

“Kita menerima panggilan berhubung kejadian pada pukul 9 pagi pada Jumaat lalu yang menyatakan kira-kira 20 individu sedang merusuh bersenjatakan kayu.

“Sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya telah ke lokasi dan menahan 15 lelaki berusia 15 hingga 27 tahun dan empat wanita berusia 15 hingga 20 tahun,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mohamad Fakhrudin memberitahu, pihaknya turut merampas sebatang kayu besbol yang disyaki digunakan salah seorang suspek semasa kejadian.

“Siasatan awal mendapati, punca kejadian adalah disebabkan perebutan teman wanita.

“Sementara semakan rekod pula, dua daripada ditahan mempunyai rekod lampau dan kes disiasat di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI