fbpx

Singapura catat kes harian tertinggi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar fail jabatan kecemasan di Hospital Tan Tock Seng, Singapura. - Mediacorp

SINGAPURA – Kementerian Kesihatan Singapura melaporkan angka jangkitan harian Covid-19 tertinggi dalam tempoh lebih tiga bulan pada Selasa lalu, lapor akhbar Bangkok Post.

Negara pulau itu mencatatkan sejumlah 11,504 kes baharu Covid-19 dengan 10,732 merupakan jangkitan tempatan dan 772 kes diimport.

Angka itu dua kali ganda lebih tinggi daripada 5,309 kes yang dikesan pada Isnin minggu ini  dan merupakan jumlah jangkitan tertinggi sejak 22 Mac lalu apabila 13,166 kes Covid-19 dilaporkan.

Terdapat 437 pesakit dimasukkan ke hospital dengan sembilan berada dalam unit rawatan rapi (ICU) dan 36 yang lain memerlukan bantuan oksigen setakat tengah hari Selasa lalu, demikian menurut data Kementerian Kesihatan.

Menteri Kesihatan, Ong Ye Kung berkata,  walaupun Singapura berada dalam kedudukan relatif yang stabil bagi wabak Covid-19, orang ramai perlu kekal berwaspada kerana wabak itu belum berakhir.

Menurutnya, lonjakan kes tempatan itu dipacu oleh sub-varian omicron  BA.4 dan BA.5 yang dijangka menjadi punca kepada lebih banyak gelombang Covid-19 di masa hadapan.

Dalam perkembangan berkaitan, Timbalan Perdana Menteri, Lawrence Wong berkata, pemerintah tidak menolak kemungkinan sekatan Covid-19 dilaksanakan semula berikutan perkembangan tersebut.

Bagaimanapun, pihak berkuasa menjangkakan Singapura mampu mengharungi gelombang baharu itu tanpa perlu berbuat demikian.

Kira-kira 92 peratus penduduk Singapura telah menerima dua dos lengkap vaksin Covid-19 manakala lebih tiga perempat populasinya sudah mendapatkan  suntikan penggalak.

Kemasukan ke hospital sebahagian besarnya kekal stabil walaupun jumlah pesakit yang dijangkiti virus meningkat melebihi 300 orang pada minggu lalu.

Seorang anak kecil berusia setahun setengah yang dijangkiti Covid-19 meninggal dunia pada Isnin lalu. Ia merupakan kematian pertama di Singapura yang disebabkan koronavirus dalam kalangan pesakit di bawah umur 12 tahun. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI