fbpx

Sheryl Shazwanie hamil lima bulan – Azzam Sham

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AZZAM SHAM dan Sheryl bakal menimang cahaya mata sulung tidak lama lagi.

PETALING JAYA – Berbulan-bulan mengunci mulut, penyanyi Azzam Sham akhirnya mengesahkan isteri tercinta, Sheryl Shazwanie yang juga penyanyi kini hamil lima bulan.

Menurut Azzam atau nama sebenarnya Muhammad Azzammuddin Lop Hisham, 25, keputusan untuk merahsiakan berita kehamilan isterinya pada peringkat awal diambil selepas mendapat nasihat daripada kedua-dua belah keluarga.

Ujarnya, ibu kandung dan ibu mertua menasihat agar berita kehamilan dikongsi selepas kandungan cukup kuat iaitu ketika fasa trimester kedua

“Alhamdulillah dengan rezeki ini. Sheryl disahkan hamil sekitar Mac lalu. Memang teruja dan tak tahu nak gambarkan bagaimana perasaan kami ketika itu, melompat saya.

“Atas nasihat kedua-dua belah keluarga, kami mengambil keputusan untuk menyimpan dahulu berita gembira ini dan akan berkongsi kepada umum apabila kandungan sudah kuat dan inilah detiknya,” kongsinya teruja.

Azzam berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran single baharunya, Pusara Kasih di ibu pejabat Rusa Music, di sini semalam.

Dalam pada itu, pelantun Cinta Jangan Pergi itu bersyukur kerana isterinya tidak mengidam makanan atau perkara yang sukar untuk dicari.

“Syukur dia bukan wanita hamil yang mengidam benda-benda pelik cuma baru-baru ini, dia ada minta saya dapatkan lobster.

“Katanya nak lobster yang masih hidup, harganya mencecah ratusan ringgit jugalah mengikut saiz.

“Masa trimester pertama, dia memang alami alahan teruk seperti loya dan muntah. Sekarang sudah kurang sikit dan harapnya akan terus okey sehingga hari bersalin nanti,” ujarnya.

Sementara itu, bekas Juara Big Stage musim ketiga itu masih belum melakukan sebarang ujian imbasan untuk mengetahui jantina anak sulungnya.

Ujarnya, dia tidak meletakkan sebarang harapan untuk anak lelaki atau perempuan namun mementingkan kesihatan yang baik.

“Kami belum pergi scan (imbas) jantina bayi jadi, belum tahu lelaki atau perempuan.

“Tidak kisahlah lelaki atau perempuan, asalkan sihat dan selamat,” katanya lagi.

Untuk rekod, Azzam dan Sheryl, 25, mendirikan rumah tangga pada 1 Januari lalu.

Cerita tentang kehamilan Sheryl sudah dihidu oleh para peminat apabila terlihat baby bumpnya dalam sebuah video. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI