fbpx
Emilia ketika ditemui di pintu Penjara Wanita Kajang hari ini.

Emilia tidak malu jadi banduan, bebas selepas 7 hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA – “Saya tak malu digelar banduan, saya masuk atas ketidakadilan, saya tenang hati sebab saya tak buat salah”.

Demikianlah kata-kata yang diluahkan bekas isteri kepada ahli perniagaan, Datuk SM Faisal SM Nasimuddin, Emilia Hanafi, setelah selesai menjalani hukuman penjara tujuh hari atas kesalahan ingkar perintah Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur.

Beliau yang ditemui di pintu Penjara Wanita Kajang hari ini berkongsi pengalaman dan luahan sepanjang berada di dalam lokap.

“Rasa syukur saya bebas, saya masuk memang saya dah jihad dan ketika di dalam saya tak ada masalah atau rintangan.

“Saya gunakan masa yang ada sebaiknya untuk diri saya dan bantu rakan-rakan yang lain,” katanya menerusi satu rakaman yang dimuat naik di media sosial TikTok Media Variasi.

Dalam pada itu, Emilia turut bercerita keadaan yang berlaku di dalam lokap dan katanya terdapat 22 penghuni yang ditempatkan dalam satu sel.

“Dalam satu sel ada 22 orang, di dalam sana ada satu tong untuk buang air kecil, satu tong untuk buang air besar, tak ada penghalang dan guna kongsi-kongsi,” ujarnya.

Tambahnya lagi, dia berharap agar situasi yang menimpanya itu tidak akan berlaku kepada mana-mana wanita diluar sana terutamanya golongan ibu tunggal bersama anak-anak. – KOSMO! ONLINE

POPULAR