fbpx

Serena Williams belum pasang hajat gantung raket

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
serena akur tewas pada pusingan pertama Wimbledon. – AFP

LONDON – Impian bekas pemain No.1 dunia, Serena Williams untuk melakar kejutan pada aksi Grand Slam Kejua­raan Wimbledon kali ini tidak kesampaian apabila dia tewas 7-5, 1-6, 7-6 kepada pemain Perancis, ­Harmony Tan.

Pemain berusia 40 tahun itu kembali ke sai­ngan kompetitif selepas setahun menyepi dengan mempamerkan aksi di Centre Court yang turut menjadi ge­langgang ketika dia mengalami kecederaan musim lalu.

Ketika ramai yang menjangkakan bahawa ini adalah kali ter­akhir dia beraksi di Wimbledon, Serena memberi gambaran bahawa dia belum bersedia untuk menggantung raket dan masih mengharapkan keajaiban.

“Itu adalah soalan yang saya tidak boleh berikan jawapan. Saya tidak tahu. Siapa tahu, selepas ini saya mampu melakukan sesuatu yang hebat,” katanya.

Musim lalu menyaksikan Sere­na terpaksa menarik diri ketika aksi menentang Aliaksandra Sasnovich selepas mengalami kecederaan pada buku lali dalam perlawanan pusingan pertama kejohanan berkenaan.

Serena yang pernah meraih tujuh gelaran Grand Slam di Wimbledon kini berada di ran­king ke-1,204 dunia dan menyertai saingan kali ini menggunakan tiket wildcard.

Biarpun sudah hampir setahun tanpa sebarang aksi, Serena masih berjaya membuktikan kemampuan dan mengekalkan tahap kecergasan terbaik apabila berjaya mengheret Tan untuk beraksi di tie-break pada set ketiga sebelum akur dengan 10-7 pada penentuan tersebut. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI