fbpx

Pekerja kilang mati hari pertama bekerja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Vijaya menunjukkan keadaan mangsa yang maut tertusuk objek besi.

KLANG – Polis kini sedang mengesan saksi pembunuhan seorang lelaki Bangladesh yang maut tertusuk besi di bahagian belakang badannya dipercayai menjadi mangsa samun di bahu jalan di Batu 5 1/2 Jalan Haji Abdul Manan di sini, baru-baru ini.

Mangsa berusia 42 tahun itu disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 2.03 petang pada 15 Jun lalu selepas dua hari menerima rawatan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR).

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao berkata, berdasarkan siasatan mendapati mangsa ditemui dalam keadaan tertusuk satu objek besi di bahagian belakang kepalanya kira-kira pukul 8 malam pada 13 Jun lalu.

Katanya, mangsa dipercayai telah disamun sebelum kejadian.

“Berdasarkan siasatan mendapati mangsa baharu hari pertama bekerja di sebuah kilang daerah ini pada hari kejadian.

“Pasport mangsa juga didapati masih sah tempohnya,” katanya pada sidang akhbar hari ini.

Beliau menambah, hasil bedah siasat dijalankan dipercayai punca kematian mangsa mempunyai unsur-unsur jenayah.

Justeru, Vijaya menegaskan kes kini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Pihak polis meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kes ini untuk menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Utara di talian 03-32913344 atau pegawai penyiasat Asisten Superintendan You Swee Leong menerusi talian 012-4071452,” jelasnya. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI