fbpx

Iqbal kongsi tip jaga seluar dalam?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AHMAD IQBAL

TIADA angin tiada ribut, entah mengapa InstaStory milik Ahmad Iqbal muncul dalam radar media sosial Mizz Lahar.

Paling yang Mizz Lahar terkejut apabila netizen bertanyakan soalan tentang seluar dalam menerusi ruangan soal jawab Instagram.

“Minta maaf saya nak jawab soalan ini dengan serius. Saya beli banyak supaya boleh tukar dua hingga tiga helai sehari.

“Dahulu sewaktu tidak mampu, saya sangat berkira dan fikir ‘sudahlah mahal, bukannya orang nampak’.

“Sedangkan seluar dalam lebih penting daripada pakaian lain.

“Jaga kebersihan, jangan pakai yang sudah koyak. Seolah-olah kita tak jaga kebersihan,” kongsinya.

Topiknya agak jelik bagi sesetengah orang tetapi bagi Mizz Lahar, Iqbal ada mesej yang hendak disampaikan.

Selalunya perkara kecil sebegini yang jarang kita beri tumpuan.

MIZZ LAHAR: Ada peminat filem Melayu mahu Puteri Gunung Ledang ditayangkan semula di pawagam.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI