fbpx

Pegawai polis nafi gambar-gambar kecederaan Bella dibocorkan PDRM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Siti Bainun

KUALA LUMPUR – Saksi pendakwaan ke-10, yang juga pegawai polis menafikan bahawa semua gambar-gambar kecederaan remaja sindrom down dikenali sebagai Bella yang tersebar dibocorkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Dalam pemeriksaan balas oleh pihak pembelaan hari ini, Juruanalisa Unit Siasatan Audio Video Makmal Forensik PDRM Inspektor Mior Samsul Abd. Rahman berkata beliau tidak mengetahui gambar dan video itu yang disebarkan seorang aktivis wanita dalam laman Facebooknya bersumberkan daripada mana.

Ketika ditanya, peguam Asiah Abd. Jalil, adakah dia bersetuju bahawa lima gambar yang disebarkan diambil dari video yang dibuat analisis, saksi itu menjawab dia tidak tahu gambar itu dari mana selain mengesahkan sepanjang analisis, telefon bimbit iaitu barang kes berada pada pihak polis.

Peguam : Saya cadangkan ada pegawai polis lain yang mempunyai akses kepada telefon bimbit tersebut dan telah bocorkan gambar-gambar ini (kecederaan Bella) kepada orang awam.
Mior Samsul: Saya tidak setuju.

Terdahulu saksi itu memberitahu kepada mahkamah bahawa segala barang kes yang diterima daripada pegawai penyiasat adalah dalam keadaan baik, selain barang kes, peralatan yang digunakan untuk menganalisa juga turut dalam keadaan baik dan sempurna.

“Semua peralatan berada dalam keadaan baik dan komputer yang digunakan juga dalam keadaan baik seperti biasa dan tiada masalah,” kata saksi itu.

Saksi itu berkata demikian ketika pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Timbalan Pendakwa Raya Zilfinaz Abbas berhubung keadaan barang kes yang diterima dan peralatan yang digunakan untuk menganalisa dalam kes ini.

Dalam pada itu, saksi itu turut menjelaskan komputer yang digunakan untuk menganalisa adalah milik Polis Diraja Malaysia (PDRM), yang mana komputer itu juga boleh akses dan digunakan dalam keadaan baik.

Pada prosiding sebelum ini, mahkamah ditunjukkan dua rakaman video yang memaparkan kecederaan dialami remaja perempuan sindrom down berusia 13 tahun dikenali sebagai Bella yang diselamatkan oleh seorang saksi.

Dua video berdurasi enam minit 32 saat dan 41 saat itu dimainkan yang mana kedua-dua video itu dianisis oleh Mior Samsul.

Mior Samsul dalam pernyataan saksinya sebelum ini berkata pada 22 Julai 2021, beliau menerima permohonan analisis berkaitan kes tersebut dan menerima barang kes iaitu sebuah telefon bimbit jenama iPhone bersama satu sim kad Maxis yang dihantar oleh Inspektor Suhaili Mahad.

Saksi itu berkata permohonan pegawai penyiasat dalam kes itu adalah untuk menjelaskan gambar kecederaan daripada video bertarikh 24 Jun 2021.

Siti Bainun, Ahd. Razali ,30, menghadapi dua pertuduhan iaitu mengabai dan menganiaya remaja perempuan itu sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan fizikal serta emosi.

Dia dituduh melakukan perbuatan itu di sebuah kondominium di Wangsa Maju di sini antara Februari dan Jun 2021. Pertuduhan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Perbicaraan di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Izralizam Sanusi masih lagi bersambung. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI