fbpx

KKM sasar golongan muda dedah bahaya ‘doktor gigi’ palsu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Noormi (kiri) meninjau pameran sempena Kempen 'Katakan Tidak Kepada Doktor Gigi Palsu' di Universiti Malaysia Terengganu (UMT) di sini hari ini

KUALA NERUS – Kementerian Kesihatan (KKM) mengambil inisiatif memberi kesedaran tentang bahaya mendapatkan perkhidmatan pergigian dengan individu tidak bertauliah kepada golongan muda khususnya pelajar institusi pengajian tinggi (IPT).

Pengarah Kanan (Pergigian) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Dr. Noormi Othman berkata, golongan muda khususnya di Lembah Klang dikesan paling ramai menjadi mangsa ‘doktor gigi’ palsu terbabit.

Beliau berkata, pihak tidak bertanggungjawab terbabit mencari mangsa menawarkan perkhidmatan rawatan gigi pada harga tidak masuk akal menerusi platform media sosial seperti Facebook, Instagram dan TikTok.

“Golongan muda mempunyai keinginan mencuba (memakai pendakap gigi dan venir) tetapi kurang kesabaran untuk menunggu nombor giliran (di hospital kerajaan).

“Sudahnya mereka terpedaya dengan iklan-iklan di media sosial,” katanya selepas melancarkan Kempen ‘Katakan Tidak Kepada Doktor Gigi Palsu’ di Universiti Malaysia Terengganu (UMT) di sini hari ini.

Kosmo! 13 Februari lalu melaporkan ramai yang obses dengan kecantikan gigi terperdaya apabila menjadi mangsa perkhidmatan doktor gigi tidak bertauliah.

Mangsa-mangsa mengakui menyesal mendapatkan perkhidmatan venir tiruan terbabit yang menyebabkan mereka terpaksa merana menanggung kesakitan apabila gusi berdarah, gigi rosak, rahang sukar dibuka dan mulut berbau busuk. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI