fbpx

Seminggu berkahwin, mentua minta anak kahwin lain jika isteri belum hamil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mentua wanita itu minta anak lelakinya kahwin lain untuk mendapatkan zuriat. – Suara.com

JAKARTA – Sebuah hantaran yang tular di media sosial Indonesia memaparkan luahan hati seorang wanita yang baru seminggu berkahwin tetapi dibantah oleh keluarga mentua kerana belum hamil, lapor laman berita Suara.com.

Hantaran berkenaan dimuat naik dalam akaun Instagram @/igtainmentt.

Wanita itu mendakwa bahawa mentuanya meminta dia melakukan ujian kehamilan setelah seminggu berkahwin.

“Saya baru seminggu berkahwin terus disuruh ambil ujian kehamilan oleh mentua. Dia bertanya kenapa belum mengandung lagi. Ini kerana dua isteri abang kepada suami saya belum mempunyai anak.

“Bahkan, mentua beritahu jika saya gagal hamil dalam tempoh sebulan, suami saya disuruh kahwin lain. Saya tertekan kerana suami menurut permintaan mentua. 

“Saya sayangkan suami, minta beri jalan penyelesaian,” demikian luahan wanita tersebut.

Hantaran itu mendapat perhatian netizen di ruangan komen.

“Wanita bukan kilang anak! Suami harus bertegas soal ini. Saya sedih membacanya,” kata seorang netizen.

“Pada pendapat saya, buat ujian kesuburan sahaja. Isteri abangnya tak hamil langsung, takut suami atau menantunya kurang subur,” komen netizen lain. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI