fbpx

Pengawas sekolah diugut rakan sekelas, mahu pecahkan kepala

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Isu buli melibatkan fizikal kini dilihat semakin meruncing apabila terdapat banyak kes dicatatkan sejak awal tahun ini.

Menerusi sebuah hantaran di laman Twitter Fedtri Yahya, satu lagi kisah buli dikongsikan oleh seorang ibu mengenai situasi dialami anak lelakinya yang didakwa menerima ugutan daripada rakan sekelas.

Menurutnya, dia mula menyedari perkara tersebut setelah menjumpai satu ‘voice note’ (nota suara) di dalam aplikasi WhatsApp anaknya baru-baru ini.

“Ada beberapa lagi nota suara yang diterima oleh anak saya mengatakan ‘jangan sampai aku pecahkan kepala engkau’ dan sebagainya,” katanya.

Tangkap layar hantaran di laman Twitter Fedtri Yahya.

Jelasnya, perbincangan bersama anaknya itu mendapati dia hanya menjalankan tugas dan amanah sebagai seorang pengawas dengan merampas rokok dan vape pelajar terbabit.

Berikutan itu, wanita berkenaan turut memberitahu bahawa anaknya itu mengalami tekanan sehingga tidak hadirkan diri ke sekolah selama tiga hari.

Susulan daripada itu, rata-rata orang ramai bersimpati dan menyarankan agar wanita terbabit membuat laporan polis termasuk memaklumkan kepada penolong kanan hal ehwal murid (HEM) sekolah serta guru besar.

“Buat laporan polis, anak saya pernah dapat ugutan juga melalui sosial media. Ni bukan min main sebab buda-budak sekarang samseng lain macam,” kata azrida.

“Tulis surat kepada guru besar untuk berjumpa dan maklumkan juga kepada Pejabat Pendidikan Daerah,” ujar Ooi Beng Cheang.

“Pendapat saya jika tidak mahu tukar sekolah, lepaskan jawatan sebagai pengawas. Tidak mengapa mengalah asalkan selamat,” seloroh BikMalaya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI