fbpx

Guan Eng ditegur buat kenyataan media luar mahkamah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Guan Eng ketika hadir di Mahkamah Sesyen di sini hari ini.

KUALA LUMPUR – Lim Guan Eng dan pasukan pembelaan yang mewakilinya dalam perbicaraan kes rasuah berkaitan projek terowong dasar laut dan jalan utama di Pulau Pinang, ditegur oleh Mahkamah Sesyen di sini berhubung ulasan yang dibuat ketika prosiding sedang berlangsung.

Ketika meluahkan kekecewaannya berhubung komen yang dibuat di luar mahkamah, Hakim Azura Alwi menyatakan teguran telah dikeluarkan ketika perbicaraan mula-mula didengar dahulu.

Azura menyifatkan, tindakan tersebut tidak sepatutnya berlaku lagi kerana pihak-pihak yang berkenaan sedia maklum bahawa sebarang ulasan di luar mahkamah ketika kes sedang berlangsung bersifat `sub judice’.

“Saya kecewa perkara ini berlaku kerana semua pihak telah matang dan bukan pertama kali hadapi perbicaraan, ini bukan sesuatu yang asing pada kamu semua,” ujarnya.

Menurut sebuah portal minggu lalu, dua laporan polis berasingan telah dibuat terhadap Guan Eng dan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman susulan komen yang dibuat mengenai kes mahkamah yang masih di peringkat perbicaraan.

Sebelum prosiding bermula hari ini, Timbalan Pendakwa Raya Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin membangkitkan isu bahawa pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah membuat laporan polis terhadap Guan Eng berhubung kenyataan media berkaitan kenyataan itu.

Ujar Wan Shaharuddin, pihak pendakwaan mahukan mahkamah mengeluarkan teguran terhadap Guan Eng bagi mengelakkan perkara itu berulang.

Sementara itu, peguam Gobind Singh Deo yang mewakili Guan Eng memberitahu, pihaknya maklum isu yang dibangkitkan oleh pihak pendakwaan dan mengakui kenyataan yang dibuat oleh tertuduh kepada pihak media.

Sambil memohon maaf, Gobind berkata, pihaknya memahami pendirian pihak pendakwaan dan perkara itu tidak seharusnya berlaku. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI