fbpx
Lokasi kejadian kanak-kanak 11 tahun dikhuatiri lemas dekat Jeti Nelayan Bagan Ajam, Pantai Bersih, Butterworth di sini petang tadi.

Budak 11 tahun dikhuatiri lemas di laut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEBERANG PERAI – Seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun dikhuatiri lemas berhampiran Jeti Nelayan Bagan Ajam dekat Pantai Bersih, Butterworth di sini petang tadi.

Dalam kejadian itu, mangsa, Muhammad Mikhaeil Muqmin Abdullah dikatakan hanyut dibawa arus deras ketika sedang mandi-manda bersama tiga lagi rakannya.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Butterworth, Mohd Faizwan Che Amat berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian lemas itu kira-kira pukul 5.45 petang sebelum bergegas ke lokasi.

“Sebaik tiba, kami dimaklumkan bahawa tiga lagi rakan mangsa telah berjaya diselamatkan oleh orang awam manakala seorang pemancing yang kebetulan berada di lokasi cuba menyelamatkan mangsa.

“Bagaimanapun, pemancing itu turut lemas dalam kejadian berkenaan sebelum diselamatkan oleh orang awam dan dikejarkan ke hospital untuk rawatan lanjut,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, selain bomba, operasi itu turut dibantu oleh pasukan bomba sukarela (PBS) berhampiran serta nelayan dan penduduk setempat.

Dalam pada itu, Mohd. Faizwan berkata, operasi mencari dan menyelamat mangsa bagaimanapun terpaksa dihentikan kira-kira pukul 7.30 malam tadi berikutan cuaca gelap.

“Operasi itu akan diteruskan semula seawal pukul 7 pagi esok,” ujarnya. -KOSMO! ONLINE

POPULAR