fbpx

Abang Viva ‘lamar’ kekasih dalam live

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
‘Abang Viva’ dikatakan melamar kekasih hati menerusi sesi siaran langsung di aplikasi TikTok baru-baru ini.

PETALING JAYA – Sukarelawan yang terkenal dengan jolokan ‘Abang Viva’ atau nama sebenarnya, Azwan Omar sekali lagi menjadi bualan ramai di media sosial apabila tular sebuah rakaman siaran langsung di TikTok memaparkan dia ‘melamar’ seorang wanita.

Dia dilihat mengeluarkan kata-kata seakan-akan ingin melamar seorang wanita yang dipercayai kekasih hatinya dikenali dengan nama Evanoza telah mencuri perhatian pengikutnya ketika sesi siaran langsung tersebut.

Menerusi rakaman yang dikongsikan, Azwan turut menunjukkan sebentuk cincin kepada wanita berkenaan sehingga membuatnya terkedu.

“Ini serius, Evanoza binti Zakaria, sudi tak awak terima lamaran saya?.

“Saya tanya, terima atau tidak,” soalnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai tumpang gembira melihat kemesraan di antara mereka berdua serta mendoakan agar hubungan tersebut berakhir ke jinjang pelamin.

“Tahniah untuk Abang Viva dan Eva, semoga kekal dan cepat-cepat kahwin,” kata seorang pengguna,

“Terbaik la Abang Viva, lamar dalam live terus, malu kakak itu nak jawab, kalau dia tak nak, saya nak, lamar saya pun boleh,” seloroh pengguna lain. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI