fbpx

Suami isteri maut rempuh Toyota Innova keluar simpang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Abdika dan isterinya, Rabiatuladawiah maut dalam kemalangan di KM 68, Jalan Kuala Terengganu - Kuantan berhampiran Tanjung Jara, Dungun hari ini.

DUNGUN – Gara-gara sebuah kenderaan pelbagai guna dipandu seorang lelaki warga China keluar simpang secara tiba-tiba, sepasang suami isteri maut dalam kemalangan di Kilometer 68, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan berhampiran persimpangan Tanjung Jara di sini hari ini.

Dalam kejadian pada pukul 5 petang itu, Mohd. Abdika Razali dan isterinya, Rabiatuladawiah Saufi yang masing-masing berusia 36 tahun meninggal dunia akibat kecederaan parah di bahagian kepala dan beberapa anggota badan.

Mohd. Abdika dan isteri yang menaiki motosikal berkuasa tinggi, Aprilia RSV4 dikatakan dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Kampung Pengkalan Binjai, Kemaman dari menyertai perhimpunan motosikal di Kuala Terengganu.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharudin Abdullah berkata, sebaik tiba di lokasi kejadian, motosikal ditunggang Mohd. Abdika yang merupakan peniaga ayam gagal mengelak kenderaan Toyota Innova dikatakan tiba-tiba keluar dari simpang.

“Motosikal dinaiki kedua mangsa merempuh sisi kanan kenderaan Toyota Innova dipandu lelaki warga China berusia 34 tahun.

“Impak rempuhan itu menyebabkan kedua-dua suami isteri itu bercampak sejauh beberapa meter,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

 

Baharudin berkata, mayat Mohd. Abdika dan Rabiatuladawiah telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Dungun di sini untuk tindakan lanjut.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI