fbpx

‘Jaga’ trafik sekolah sebak kali pertama terima penghargaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MANSOR dan isterinya, Fauziah menunjukkan sijil penghargaan yang diterima mereka ketika Mesyuarat PIBG ke-63 SK Seri Permai, George Town di sini hari ini.

GEORGE TOWN – Seorang pengawal trafik Sekolah Kebangsaan Seri Permai (SK Seri Permai) mengundang sebak para jemputan yang hadir pada Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) ke-63 hari ini apabila dia pertama kali dijemput menerima Anugerah Ibu Bapa Contoh 2021.

Mansor Zakaria, 54, yang juga bekas pemandu bas kilang berkata, dia dan isterinya, Fauziah Shuib, 53, tidak menyangka diumumkan sebagai penerima anugerah pertama kali diperkenalkan pihak sekolah terbabit dan berkongsi pengalaman mendidik dua anaknya yang kini berusia 15 dan 18 tahun.

Akuinya, pelbagai cabaran yang ditempuhi sepanjang membesarkan anak yang kini belajar di Sekolah Menengah Sains Tun Syed Sheh Shahabudin di Bukit Mertajam dekat sini dengan pendapatan isi rumah RM1,500 sebulan.

“Kali pertama saya terima penghargaan. Kami amat terharu menerima anugerah ini buat pertama walaupun hanya di peringkat sekolah. Kami hargai sumbangan daripada pihak sekolah SK Seri Permai, Guru Besar, Mohammad Sabarullah Shaik Ismail dan PIBG.

“Pengorbanan kami berdua dalam mendidik anak-anak dalam keadaan kewangan yang cukup-cukup makan kini dihargai dan dianggap berbaloi.

“Kami sanggup tidak keluar makan angin dan bawa anak jalan-jalan sebab kewangan terhad selain lebih mengutamakan perbelanjaan yuran tadika swasta serta kelas tuisyen mereka semasa di sekolah rendah,” katanya kepada Kosmo! ketika ditemui di sini hari ini.

Sementara itu, Mohammad Sabarullah pula memberitahu, pemilihan Mansor sebagai penerima anugerah tersebut selepas melihat kesungguhan dan kecekapannya membantu pihak sekolah menjaga serta mengawal laluan trafik bagi dua sesi persekolahan di sini sejak enam tahun lalu.

“Jasa dan pengorbanannya dalam mendidik anak-anak sehingga cemerlang dalam pelajaran perlu dihargai menerusi Anugerah Ibu Bapa Contoh 2021 buat kali pertama diadakan pada sesi mesyuarat PIBG kali ini,” jelasnya. –  KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI