fbpx

Anita Alvarez nyaris lemas di Budapest

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FUENTES (kiri) terpaksa terjun untuk menyelamatkan Alvarez yang tidak sedarkan diri secara tiba-tiba ketika beraksi awal pagi semalam. – AFP

BUDAPEST – Perenang artistik Amerika Syarikat (AS), Anita Alvarez berdepan situasi mencemaskan apabila dia nyaris lemas selepas tidak sedarkan diri secara tiba-tiba ketika melakukan rutin solonya ketika menyertai kejohanan dunia di Budapest kelmarin.

Namun, tindakan pantas jurulatihnya, Andrea Fuentes yang segera terjun ke kolam menyelamatkan nyawa atlet itu selepas melihat sesuatu tidak kena menimpa anak didiknya yang secara perlahan-lahan tenggelam ke dasar kolam.

Fuentes mengakui bahawa dia sangat cemas kerana Alvarez tidak bernafas sebelum menariknya ke atas dan mendapatkan rawatan segera di tepi kolam.

Pemenang pingat Olimpik itu menegaskan, Alvarez yang dirawat kakitangan perubatan tidak bernafas kira-kira dua minit kerana pada ketika itu air sudah memenuhi paru-parunya.

“Saya terjun ke kolam kerana ketika itu saya lihat tiada seorang penyelamat berada di situ. Saya berasa takut pada mulanya kerana dia tidak bernafas.

“Doktor melakukan pemeriksaan lanjut dan mendapati Alvarez dalam keadaan normal. Kadar denyutan jantung, tekanan darah dan lain-lain juga dalam kadar baik,” kata Fuentes.

Ini bukan insiden pertama berlaku kepada Alvarez kerana pada kelayakan Olimpik di Sepanyol tahun lalu, perenang berusia 25 tahun tersebut berdepan situa­si sama sebelum ditarik ke atas oleh rakannya, Lindi Schroeder.

“Kini Alvarez perlukan rehat dan akan dipantau dari semasa ke semasa. Esok pasukan akan membuat keputusan dengan doktor sama ada dia boleh meneruskan aksi dalam acara berpasukan akhir atau tidak,” kata Fuentes. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI