fbpx

Tular pengembala diheret lembu sendiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar insiden yang memaparkan seorang pengembala diheret oleh lembu miliknya ketika haiwan tersebut cuba melarikan diri

PETALING JAYA – Baru-baru ini tular satu rakaman memaparkan aksi seorang lelaki yang juga pengembala diheret oleh seekor lembu miliknya ketika sedang melalui sebuah jalan.

Menerusi perkongsian video oleh Fahmi di media sosial, dapat disaksikan pada awalnya, lelaki tersebut sedang membawa lembunya itu keluar bersiar-siar, namun tidak disangka haiwan berkenaan cuba melarikan diri dan mula mengheret tuannya ke tengah jalan menyebabkan pegangan tali yang diikat turut terlepas.

Sementara itu, dapat dilihat juga lembu tersebut hampir bertembung dengan beberapa kenderaan lain yang melalui laluan berhampiran.

Video dikongsikan itu telah mendapat lebih dua juta tontonan dan pelbagai reaksi diberikan oleh orang ramai berhubung kejadian yang berlaku.

“Mujur ada sempat rakam, boleh jadi bukti kalau ada yang buat laporan dan tuduh pak cik itu tak jaga lembu dia,” komen seorang pengguna.

“Kesian pak cik itu, lembu pun hampir dilanggar, kereta hampir kemalangan, moga lembu pak cik balik semula,” kata pengguna lain.

Sementara itu, Fahmi turut memaklumkan keadaan pak cik berkenaan adalah baik dan tidak mengalami sebarang kecederaan serius. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI