fbpx

Perhimpunan jalanan bukan penyelesaian terbaik masalah negara – Sultan Johor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sultan Ibrahim

JOHOR BAHRU – Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bertitah bahawa tindakan mengadakan perhimpunan jalanan sebagaimana dicadang pemimpin DAP bukannya cara bertanggungjawab dalam mencari penyelesaian yang membina.

Sultan Ibrahim bertitah, sebaliknya suara atau pandangan daripada pelbagai lapisan masyarakat boleh disampaikan kepada kerajaan menerusi pelbagai forum lain.

“Tidak cukup peritkah pengajaran daripada demonstrasi yang menjadi detik hitam dalam sejarah negara kita seperti pada tahun 1969, dan tidak lama dahulu, perhimpunan Bersih.

“Ia tidak mencapai sebarang matlamat, selain mengakibatkan kekecohan dan kerosakan. Ini bukan cara negara kita, tiada yang menang. Semuanya akan rugi dan kita tidak tahu berapa lama kita boleh pulih daripada kesan perhimpunan sebegitu.

“Undang-undang negara kita mesti dihormati. Janganlah buat kenyataan berbaur hasutan kerana ia tidak membantu, sedangkan ada banyak saluran yang lebih membina untuk menyuarakan pandangan,” titah baginda dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Baru-baru ini, anggota Jawatankuasa Tertinggi Pusat DAP, Sheikh Umar Bagharib Ali mengeluarkan kenyataan mengajak rakyat berhimpun beramai-ramai sebagai tanda protes susulan kenaikan kos sara hidup ketika ini.

Sultan Ibrahim turut bertitah bahawa perhimpunan jalanan juga akan memberi impak negatif kepada ekonomi negara, menakutkan pelabur asing dan merencatkan permulihan negara daripada pandemik Covid-19.

“Janganlah buat perhimpunan sebegini. Pertumbuhan negara kita mesti dipupuk melalui dialog yang matang, bukan tindakan yang akan mengancam ketenteraman awam dan keselamatan negara,” titah baginda lagi.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI