fbpx

Pemilik restoran simen pili bomba kena kompaun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penguat kuasa MBSA dan bomba sewaktu pemeriksaan di restoran tersebut.

SHAH ALAM – Tindakan sebuah restoran di Seksyen 13 di sini yang tular menyimen pili bomba sewaktu pembesaran premis itu akhirnya membawa padah apabila dikenakan kompaun, hari ini.

Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dalam kenyataannya memaklumkan pihaknya terlebih dahulu menerima aduan berhubung pili bomba atas kaki lima restoran.

Katanya, semasa pemeriksaan dijalankan didapati pihak bomba turut berada di lokasi kejadian.

“Pihak MBSA telah mengeluarkan satu kompaun dan notis halangan di bawah Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974, Akta 133 kepada pemilik restoran tersebut,” katanya di sini hari ini.

Terdahulu, sekeping gambar di laman Facebook berhubung sebuah kedai yang menyimen pili bomba ketika proses pengubahsuaian premis itu.

Ini menimbulkan kebimbangan bagaimana pihak bomba akan mengambil bekalan air daripada pili itu sekiranya berlaku kebakaran di kawasan berhampiran. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI