fbpx
Mohd. Misuari (kiri) memeriksa kenderaan mewah yang disita menerusi Ops Luxury 2.0 di Ibu Pejabat JPJ Kelantan, Kota Bharu hari ini. FOTO KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN

6 tahun guna kereta mewah tak bayar cukai jalan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KOTA BHARU – Pemilik kenderaan mewah memberi alasan mempunyai saman tertunggak untuk tidak memperbaharui lesen kenderaan motor (LKM) atau cukai jalan menyebabkan puluhan kenderaan disita Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan.

Pengarah JPJ Kelantan, Mohd. Misuari Abdullah berkata, maklumat tersebut hasil Ops Luxury 2.0 yang dijalankan sejak Januari lalu.

Katanya, ada dalam kalangan pemilik kenderaan mewah tidak memperbaharui LKM sejak 2020 walaupun kenderaan masih digunakan di jalan raya.

“Mereka hanya memperbaharui perlindungan insurans sahaja. Hasil semakan mendapati, jumlah bayaran LKM yang gagal diperbaharui itu melibatkan antara RM2,000 hingga RM6,000 bagi setiap kenderaan.

“Kebanyakan pemilik kenderaan terbabit terdiri daripada ahli perniagaan dan penjawat awam,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat JPJ Kelantan di sini hari ini.

Mohd. Misuari memberitahu, sebanyak 42 kenderaan mewah disita melibatkan pelbagai model antaranya Porsche 912 GT3, Porsche Panamera V6, Jeep Wrangler, Toyota Alphard, Toyota Vellfire, BMW 528i Limousine, Audi TTS dan Mercedes-Benz sepanjang operasi itu.

Mengulas lanjut, beliau berkata, melalui Ops Luxry 2.0 itu pihaknya turut mengesan 35 kes melibatkan kesalahan LKM tamat tempoh, tiada perlindungan insurans sebanyak 31 kes, penggunaan nombor pendaftaran perdagangan palsu serta pertukaran enjin tanpa kebenaran masing-masing satu kes.

Katanya, sepanjang operasi itu, JPJ Kelantan mengambil tindakan terhadap 37 kenderaan mewah bagi memberhentikan kesalahan berulang selain mengesan pemandu, pemilik dan mengenal pasti identiti sebenar kenderaan terbabit.

“Kadar bayaran LKM membabitkan 37 kenderaan yang disita itu dianggarkan lebih RM34,547 setahun dengan kadar tertinggi direkodkan sebanyak RM6,612 setahun manakala minimum RM70.

“Perkara itu dipandang serius kerana bukan sahaja melibatkan ketirisan hasil kerajaan, malah memberi implikasi kepada pihak ketiga sekiranya berlaku kemalangan atau insiden tidak diingini,” ujarnya.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN