fbpx

Liga Super : JDT amuk baham ‘Gergasi’ Merah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penyerang JDT, Fernando Forestieri dikawal ketat pertahanan Selangor dalam aksi Liga Super di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri malam ini. – FOTO RAJA JAAFAR ALI

ISKANDAR PUTERI – Juara bertahan Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) merampas semula kedudukan pendahulu liga selepas membelasah Selangor 5-1 di Stadium Sultan Ibrahim, di sini malam ini.

Kemenangan itu menyaksikan skuad Harimau Selatan memintas Sabah FC dengan mengutip 19 mata, dibezakan satu mata dengan kekurangan satu perlawanan.

Selangor yang gah menewaskan Sarawak United FC 7-0, Ahad lalu tampil dengan aksi longlai sehingga mudah dibelasah penyandang juara Liga Super musim lalu.

Belum panas aksi pertemuan antara dua pasukan gergasi tanah air, JDT mengejutkan pasukan Red Giant apabila memperoleh gol awal menerusi jaringan penyerang berbisa, Bergson Da Silva ketika perlawanan baru memasuki minit ketiga.

Penyerang kelahiran Brazil itu tidak mensia-siakan umpanan cantik Fernando Forestieri yang bertindak pantas mengambil sepakan percuma menolak bola sebelum melepaskan rembatan deras ke penjuru kanan gawang menewaskan penjaga gol, Khairulazhan Khalid.

Jaringan awal itu membuka mata skuad kendalian Michael Feichtenbeiner untuk mengatur gerakan namun hasrat itu dipatahkan benteng pertahanan ampuh Harimau Selatan. – KOSMO ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI