fbpx

Warga emas tunggang motosikal maut dalam kemalangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan di lokasi kemalangan melibatkan sebuah motosikal dan kereta di Jalan Persiaran Senawang 1 di sini hari ini.

SEREMBAN – Seorang warga emas maut selepas motosikal dinaikinya terlibat dalam kemalangan di Jalan Persiaran Senawang 1 berhadapan Gedung Tekstil Jakel di sini pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Nanda Maarof berkata, dalam kejadian pada pukul 8.05 pagi itu, mangsa seorang warga emas lelaki berusia 71 tahun mengalami kecederaan parah di kepala dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

“Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku ketika kereta jenis Perodua Myvi yang dipandu seorang wanita berusia 50 tahun dalam perjalanan dari Seremban 2 menuju ke tempat kerja di Senawang telah hilang kawalan dan terbabas ke kiri jalan.

“Kemudian datang motosikal jenis Honda ditunggang oleh mangsa dari arah sama tidak sempat mengelak dan telah melanggar bahagian sisi kiri kereta tersebut, mangsa cedera parah di kepala sebelum disahkan meninggal dunia,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Nanda berkata, bagaimanapun pemandu kereta hanya mengalami kecederaan ringan.

Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan lanjut masih dijalankan. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI