fbpx

Kylian Mbappe yakin projek kejayaan PSG

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HUBUNGAN Mbappe dengan PSG dikatakan sudah tegang dan bintang antarabangsa Perancis itu sedia berhijrah keluar dari Kota Paris. – AFP

PARIS – Presiden Paris Saint-Germain (PSG), Nasser Al-Khelaifi mendedahkan, Kylian Mbappe menolak tawaran lumayan daripada Real Madrid dan memutuskan untuk kekal kerana ‘projek’ menarik kelab itu.

Al-Khelaifi menjelaskan, ia adalah faktor utama Mbappe, 23, menolak tawaran mewah daripada juara Eropah itu yang pernah menawarkan €170 juta (RM786.69 juta) dan €180 juta (RM832.97 juta) sebelum ini.

“Saya sangat menghormati Real sebagai sebuah kelab yang hebat. Namun, Kylian tidak pernah membuat keputusan untuk memperbaharui kontrak demi wang kerana tawaran Real sebenarnya lebih baik daripada kami.

“Saya pernah tolak tawaran €170 juta (RM786.69 juta) dan €180 juta (RM832.97 juta). Maknanya tawaran Real terma­suk gaji yang mahu diberikan lebih tinggi daripada kami.

“Dia sangat berminat dengan projek PSG dan dia mahu kekal di sini untuk mewakili bandar, kelab serta negaranya. Ia tidak adil setelah apa diperkatakan mengenainya,” kata Al-Khelaifi.

Dalam masa sama, Al-Khelaifi turut mengecam dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan penyerang prolifik Perancis itu mempunyai pengaruh besar terhadap sebarang keputusan bola sepak di PSG.

Mbappe hanya menunggu masa untuk menyertai Real selepas tamat kontrak di Parc des Princes bulan ini sebelum membuat kejutan menandatangani perjanjian baharu dengan PSG sehingga 2025.

Keputusan itu mencetuskan kemarahan di Sepanyol terutama Presiden Real, Florentino Perez yang mendakwa Mbappe bakal menyesal kerana tindakannya telah menghina gergasi Sepanyol tersebut. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI