fbpx
NAURAJ kempunan beraksi pada Kejohanan Olahraga Dalam Dewan Dunia 2022 di Belgrade, Serbia disebabkan masalah visa dan KOM harus menanganinya agar tidak berulang.

KOM harus dedah atlet aksi di pentas antarabangsa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BARISAN kepimpinan baharu Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) untuk penggal 2022-2025 perlu melakukan sesuatu dalam kadar segera untuk memastikan atlet-atlet negara mampu me­nempa kejayaan di pentas antara­bangsa.

Jurulatih pecut kebangsaan, M. Balamurugan menyifatkan, dua aspek yang perlu dititik­beratkan iaitu memberikan lebih banyak pendedahan antara­bangsa kepada atlet, selain komunikasi dua hala dengan barisan kejurulatihan.

“Harapan kami sebagai jurulatih adalah mahu atlet dapat peluang lebih banyak menyertai kejohanan kompetitif dan pendedahan di luar negara.

“Kebanyakan atlet yang ber­tanding pada Sukan SEA Vietnam 2021 tidak pergi luar negara. Kalau katakan Nor Sarah Adi dapat berlatih di luar negara, mungkin dia boleh lakukan lebih baik selepas ini.

“Harapan saya juga agar ada­nya perjumpaan dengan barisan kejurulatihan untuk tentukan pemilihan atlet supaya masalah-masalah seperti dihadapi Nauraj (Singah Randhawa) tidak berulang,” katanya.

Nauraj sebelum ini layak beraksi pada Kejohanan Olahraga Dalam Dewan Dunia 2022 di Belgrade, Serbia tetapi pemegang rekod lompat tinggi kebangsaan itu kempunan untuk beraksi di­sebabkan masalah visa.

SHAHIDAN

Begitupun, Balamurugan percaya, Presiden KOM, Datuk Seri Dr. Shahidan Kassim tahu apa yang perlu dilakukan kerana pernah menerajui badan induk olahraga itu dari 2006 hingga 2012.

Sebagai rekod, Shahidan memenangi jawatan presiden bagi penggal 2022/2025 selepas me­raih 20 undi berbanding 16 yang diperoleh penyandang, Datuk SM Muthu pada Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) pada 12 Jun lalu.

POPULAR