fbpx

Tak perlu lupus, naikkan cukai jalan kereta lama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

Baru-baru ini, seorang ahli akademik mengutarakan satu cadangan bernas bagi mengurangkan kesesakan lalu-lintas yang tiada kesudahannya.

Beliau memberikan solusi supaya bilangan kenderaan di Malaysia dikurangkan dengan melupuskan kenderaan lama berusia 10 tahun dan ke atas kalau tidak silap.

Cadangan tersebut nyata bernas. Namun, pelupusan kereta tua sebenarnya bukan sesuatu yang baharu, malah sudah lama diamalkan di negara-negara maju.

Susulan cadangan amat munasabah itu, beliau menjadi sasaran kritikan netizen sehingga ada yang menggelar beliau sebagai ‘pakar lupus kereta’.

Harus bagaimana masalah ini diselesaikan ? Cadangan tersebut walaupun logik dan menawarkan solusi konkrit, namun agaknya bercanggah dengan sentimen rakyat negara ini terhadap kereta.

Sentimen rakyat negara ini pada kereta ibarat sentimen rakyat Amerika Syarikat pada senjata api.

Walaupun rakyatnya memiliki senjata api dari pistol hinggalah kepada raifal tempur, manakala jumlahnya mengalahkan milik pasukan tentera di seluruh dunia, jangan ada yang berani mengusulkan supaya senjata api dihadkan sekali pun mereka sedar ribuan menjadi korbannya saban tahun.

Bagi rakyat AS, hak memiliki senjata api setara dengan hak asasi dan sudah termaktub dalam perlembagaan negara. Usulkan sahaja idea bernas yang lain bagi mengurangkan insiden amukan senjata api dan tembakan rambang, namun jangan sentuh senjata api mereka.

Rakyat AS ada sekitar 400 juta senjata api dan mereka terus menambah koleksi yang ada.

Pada tahun 2021, rakyat Malaysia dianggarkan berjumlah 32.5 juta, manakala bilangan kenderaan pula sekitar 33.3 juta dan terus bertambah.

Solusi kepada kesesakan lalu lintas yang teruk akibat pertambahan bilangan kenderaan di atas jalan harus bukan dengan melupuskan atau mengenakan cukai jalan lebih mahal terhadap kenderaan lama.

Solusinya adalah dengan membina lebih banyak jalan raya dan melebarkan lagi jalan sedia ada dengan jalan dua lorong menjadi empat lorong, manakala lebuh raya lapan lorong menjadi 16 lorong.

Penulis pula menyarankan supaya kerajaan melaksanakan kembali ‘work from home’ yang dijamin dapat mengurangkan kesesakan lalu-lintas dan menjimatkan bajet rakyat.

Langkah ini lebih ‘afdal’ lebih-lebih lagi sekiranya kerajaan terpaksa mengurangkan subsidi minyak ekoran situasi semasa akibat perang Russia-Ukraine.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI