fbpx

Pengawasan sempadan ditingkatkan elak cacar monyet

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

ISKANDAR PUTERI – Kerajaan negeri akan meningkatkan pengawasan tahap tertinggi di pintu masuk laluan darat Johor-Singapura susulan pengesanan kes wabak cacar monyet yang dikesan di republik itu, semalam.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Perpaduan negeri, Ling Tian Soon berkata, langkah tersebut bagi mengelakkan wabak tersebut tidak merentasi Tambak Johor demi keselamatan rakyat di negeri ini.

Beliau berkata, notis peringatan berhubung perkara itu telah diedarkan kepada semua pegawai bertugas di sempadan Malaysia-Singapura sebagai langkah berjaga-jaga.

“Kesemua pegawai di pintu masuk sempadan Malaysia-Singapura khususnya petugas Jabatan Imigresen Malaysia yang menjadi lapisan pertama diingatkan untuk melakukan pemeriksaan secara menyeluruh terhadap pengembara yang memasuki negara ini.

“Sekiranya mereka menyedari dan mengesan individu mempunyai simptom cacar monyet, mereka perlu segera melaporkan kepada pegawai Jabatan Kesihatan Negeri Johor,” katanya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI