fbpx

Presiden Joe Biden tidak sudi melawat Ukraine

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Biden (kanan) sering berbual dengan Zelenskyy selama tiga hingga empat kali seminggu. – AFP

WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden menyatakan bahawa beliau tidak akan berkunjung ke Ukraine semasa rangka lawatan akan datang ke Eropah.

Bagaimanapun, Biden berkata, beliau bercakap dengan Presiden Volodymyr Zelenskyy selama tiga hingga empat kali seminggu menerusi panggilan telefon.

Menurut portal berita MailOnline, Biden dijadualkan berlepas pada hujung minggu ini untuk menghadiri perjumpaan negara-negara Kumpulan Tujuh (G7) di Jerman sebelum bertolak ke Sepanyol untuk persidangan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO).

“Bagi lawatan kali ini, mungkin tidak,” katanya ketika disoal sama ada beliau akan pergi ke Ukraine.

Biden berkata, lawatan ke Kiev bergantung kepada pertimbangan  sama ada kunjungan beliau boleh menyebabkan rakyat Ukraine ditimpa lebih banyak kesusahan dan berisiko mengalih­kan perhatian dunia daripada apa yang sedang berlaku.

“Saya kerap bermesyuarat dengan Zelenskyy dan kami bercakap selama tiga atau empat kali seminggu,” kata Biden kepada wartawan ketika bersiar-siar di Rehoboth, Delaware bagi me­raikan sambutan Hari Bapa.

Biden dan Perdana Menteri Jepun, Katsura Taro merupakan dua pemimpin G7 yang masih belum membuat lawatan ke Kiev bagi bertemu Zelenskyy.

Perdana Menteri Britain, Boris Johnson melawat Ukraine ming­gu lalu buat kali kedua sejak Rusia memulakan pencerobohannya pada Februari lalu.

Selain Johnson, pemimpin Perancis, Jerman dan Itali pula mengadakan lawatan bersama minggu lalu bagi bertemu Zelenskyy selepas Ukraine menghantar permohonan untuk menyertai Kesatuan Eropah. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI