fbpx

Kanak-kanak terperangkap lebih setengah jam dalam kereta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba menyelamatkan seorang kanak-kanak perempuan yang terperangkap di dalam kereta di Jalan Datuk Kumbar, Alor Setar pada semalam.

ALOR SETAR – Seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun diselamatkan bomba selepas terperangkap lebih 30 minit dalam sebuah kereta di Dataran Shahab, Jalan Datuk Kumbar dekat sini semalam.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Kedah, Penguasa Kanan Bomba 1 Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Alor Setar dikejarkan ke lokasi setelah menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada pukul 7.11 malam.

“Sebaik tiba di lokasi, anggota mendapati terdapat seorang kanak-kanak yang tertidur terperangkap di dalam sebuah kenderaan jenis Suzuki Swift yang terkunci.

“Anggota bertindak membuka pintu kereta menggunakan peralatan khas,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata, mangsa yang tidak mengalami sebarang kecederaan kemudian diserahkan kepada keluarganya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI