fbpx

Kanak-kanak Britain tertekan akibat kos sara hidup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kanak-kanak di Britain kini tertekan selain ada yang semakin kurang tersenyum. – Getty Images

LONDON – Satu kajian mendapati kanak-kanak di Britain mempunyai pemikiran untuk membunuh diri disebabkan oleh peningkatan kos sara hidup yang mendadak, lapor akhbar Mirror UK semalam.

Pertubuhan kebajikan kanak-kanak, The Childhood Trust mengeluarkan laporan kajian itu yang menganalisis kesan buruk krisis kos sara hidup di Britain terhadap kanak-kanak.

Pertubuhan tersebut memberi amaran bahawa berjuta-juta kanak-kanak Britain kini berada dalam situasi yang amat ‘rapuh’.

Seorang budak perempuan memberitahu bahawa dia menonton televisyen untuk melupakan rasa laparnya. Kanak-kanak berumur tujuh tahun bernama Laura itu berkata: “Saya bertanya kepada ibu sekiranya kami  mempunyai makanan dan dia memberitahu saya bahawa makanan ada sekiranya kami mempunyai wang.”

Sementara itu, seorang lagi kanak-kanak berkata, ibunya sedang bergelut untuk membayar bil elektrik.

“Saya berasa amat sedih. kediaman kami amat sejuk dan saya amat takut kerana pemanas kami  tidak berfungsi,” ujarnya.

Kajian tersebut melibatkan 1,468 ibu bapa dengan separuh daripada mereka berkata,  anak-anak mereka berasa tertekan dan semakin kurang tersenyum. Semakin ramai keluarga  di Britain tiada wang untuk membeli makanan selepas membayar kos bahan api seperti petrol, gas dan elektrik yang melambung tinggi.

Selain itu, hampir satu dalam setiap 10 kanak-kanak juga mula mencederakan diri sendiri dan lapan peratus lagi memaparkan kecenderungan untuk bunuh diri. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI